A

Aqila Rose's ♥
KEHIDUPAN...
Hi and Assalamualaikum. Okay cerita pasal tahun baru ni kan hm banyak cabaran. Hidup memang lah kena ada cabaran kan? Tkada cabaran bukan lah kehidupan namanya. So then nk mula dari mana ye. Hm tahun ni spm tautau. Persediaan? hihi sikit lah atleast adalah kan dari tkada langsung ngehngeh. Semua orang mesti dah ada azam kan haa azam untuk tahun 2014 tahun kuda bak kata chinese 'ini tahun manyak ong ma' hehe. Tahun yg paling banyak cabaran bagi aku ialah this year sebab utama ehem ehem tahu sendiri jelah haha. Apapun usaha kena lebih. Banyakkan ikthiar dan tawakal in sha Allah kita akan dapat peroleh apa yg kita nak :)

Kehidupan..... Hm benda yg sama dan berulang. Tidur then bangun tidur solat subuh bagi yg dah married siapkan breakfast for family bagi student siap siap pergi sch lepastu pergi kerja bagi yg dah kerja haa pergi sekolah bagi yg masih belajar balik makan tidur bangun keluar and so on. Benda yg sama. Tapi pernah tak kita terfikir dalam kita melakukan benda yg sama berulang ulang kali berhari hari kita dapat atasi dan lalui tu semua dengan sekelip mata. Tuptup je usia dah makin meningkat. Dan dalam kita lalui hari hari tersebut kita pasti diuji dengan bermacam macam masalah bermacam macam ujian. Dan masa tu mesti kita fikir yg takkan ada hari esok untuk kita dan kita mula menyalahkan takdir. Cuba kita buka mata kita, dan fikir dimanakah kita sekarang. Adakah kita masih berada di hari yg sama dimana hari yg sangat sukar untuk kita lalui? Dalam tk sedar kita dah pun lalui hari yg sukar itu dan berada di hari di mana kita berada sekarang. Semuanya dah dirancang oleh-Nya. Setiap apa yg berlaku, setiap apa yg kita lalui, detik detik waktu kita semuanya dah tertulis. Takkan berlaku sesuatu itu tanpa izin-Nya. Dan kerana kehendak-Nya juga kita dapat lalui hari hari tersebut.

Dan cuba buka mata kita. Adakah kita sedar bahawa nikmat yg kita ada sekarang cukup sempurna cukup dan terlalu cukup. Kita seharusnya memanjatkan syukur kepadanya bukan dengan mengeluh, dan menyalahkan sesuatu yg berlaku terhadap kita. Bila kita dilanda musibah, difitnah, dicaci, dituduh, macam macam dugaan lah. Anggap lah itu satu ujian yg Allah beri kepada kita. Jangan mengeluh jangan menyalahkan takdir. Istighfar dan berdoa in sha Allah kita akan menemui jalan. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Rahsia Allah takda siapa yg tahu. Dunia ini adalah penentu di mana kita kelak. Percayalah Allah dah aturkan yg terbaik buat kita. Bila kita cuba berubah kearah kebaikan pasti ada saja bermacam macam dugaan. Sampai kadang kadang kita rasa putus asa dengan diri sendiri. Diam lebih baik dari berkata kata. Jadi pedulikan apa saje orang nk kata. Mereka tiada hak untuk menilai. Belajarlah, tuntut lah ilmu kerana kita tkkan pernah rugi. Berkerja, mencari rezeki yg halal. Buat lah banyak kebaikan di dunia ni. Jaga diri, aurat, maruah, iman dalam diri, ikhlaskan hati dalam melakukan apa saje perkara tanpa berkira. Dan berdoalah semoga ditemukan dengan jodoh yg baik dari segi akhlaknya, kaya ilmunya, pendidikannya, taatnya pada tuhan dan agama juga keluarganya. Berdoa lah dan terus berdoa. In sha Allah akan dikabulkan :)

Bersabar lah dalam menjalani kehidupan dan bersabarlah dalam menangani segala ujian dan dugaan yg menimpa. Jadilah seorang yg penyabar. Bukan senang nk jadi baik. Nk buat baik pun bukan senang. Satu je, kalau kita taat pada-Nya in sha Allah kita tkkan melakukan perkara yg terlarang. Ingat apabila kita ada masalah, di luar sana ramai lagi manusia y ada masalah yg lebih besar dari kita. Bila kita deberi ujian sakit, ingatlah, ramai lagi di luar sana yg menanggung kesakitan yg amat sakit berbanding kesakitan yg kita tanggung. Banyak iktibar yg kita boleh dapat dari apa yg berlaku sekarang. Tuhan itu maha pengampun. Mohon lah keampunan darinya. Sesungguhnya dari dia kita datang dan dari dia juga kita pergi. Mati itu pasti. Apapun yg hendak kita lakukan, letak kan lah-Nya yg paling atas dalam hati kita. Mencintai seseorang kerana-Nya, sayangkan sesuatu kerana-Nya. Hati kita ni Allah yg pegang. Bila bila masa saje boleh berubah :) Bersyukur lah dengan apa saje yg kita ada :)

Sama sama lah kita berubah dan menuju kebaikan. Ini ditulis untuk semua pembaca juga buat diri saya sendiri :) Semoga semuanya dapat lalui hari hari dengan bahagia dan selamat. Saya juga mendoakan semua agar sihat selalu. Maaf jika ada salah dan silap. Salam sayang dari saya, syazza :)





Sincerely : Syazza Aqila :) click 'Entries' if want to read Older and New Post
Hi:>

'Hate me for who I am, atleast I'm not pretending to be someone I'm not.' No judging here.
- Wechat: ChacaaaaIzzue
- Ig: aqilaaroslan
- Email: syazzaqila@gmail.com
- Twitter syazzzaaa

A'S DIARIES ♥

Le Owner Entries